Cikgu & anak murid nyer.....

 Murid : Selamat pagi, cikgu.
 Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak
doakan saya tak selamat?
> Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!
> Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat
sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa
dan keadaan.

 Murid : Selamat sejahtera cikgu!
 Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji
kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya,
kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu,
faham?



 Murid : Faham, cikgu!
 Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
 Murid : (senyap)
 Cikgu : Pandai!
 Murid : Bodoh!
 Cikgu : Tinggi!
 Murid : Rendah!
 Cikgu : Jauh!
 Murid : Dekat!
 Cikgu : Keadilan!
 Murid : UMNO!
 Cikgu : Salah!
 Murid : Betul!
 Cikgu : Bodoh!
 Murid : Pandai!
 Cikgu : Bukan!
 Murid : Ya!
 Cikgu : Oh Tuhan!
 Murid : Oh Hamba!
 Cikgu : Dengar ini!
 Murid : Dengar itu!
 Cikgu : Diam!
 Murid : Bising!
 Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!
 Murid : Ini ialah jawapan, pandai!
 Cikgu : Mati aku!
 Murid : Hidup kami!
 Cikgu : Rotan baru tau!
 Murid : Akar lama tak tau!
 Cikgu : Malas aku ajar kamu!
 Murid : Rajin kami belajar cikgu!
 Cikgu : Kamu gila!
 Murid : Kami siuman!
 Cikgu : Cukup! Cukup!
 Murid : Kurang! Kurang!
 Cikgu : Sudah! Sudah!
 Murid : Belum! Belum!
 Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?
 Murid : Sebab saya seorang pandai!
 Cikgu : Oh! Melawan!
 Murid : Oh! Mengalah!
 Cikgu : Kurang ajar!
 Murid : Cukup ajar!
 Cikgu : Habis aku!
 Murid : Kekal kami!
 Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!
 Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!
 Cikgu : Sudah, bodoh!
 Murid : Belum, pandai!
 Cikgu : Berdiri!
 Murid : Duduk!
 Cikgu : Saya kata UMNO salah!
 Murid : Kami dengar KeADILan betul!
 Cikgu : Bangang kamu ni!
 Murid : Cerdik kami tu!
 Cikgu : Rosak!
 Murid : Baik!
 Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!
 Murid : Dilepaskan tengah malam itu!
 Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)

p/s:kpd guru2 di MITT,,,jgn jadikn aq spt kanak2 !



No comments:

Post a Comment