Iman ! Percayalah !




Dalam hidup ini adakalanya kita terasa TERpinggir & DIsisihkan ... Tapi sebenarnya "TIDAK" . Kita Tidak pernah pun DIpinggir dalam hidup ini...





Percayalah ,
Saban waktu pasti ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur ... Tak siapa yang tahu , boleh jadi dia tu orang yang anda sayang ... Tapi mungkin juga orang yang anda tak pernah kenal tapi dia kenal anda...


Kalau anda rasa dipinggirkan...






Percayalah ,
Sekurang-kurangnya ada seseorang di dunia ini yang tetap menyayangi anda & sanggup mati kerana anda walaupun ketika ini anda merasakan tiada sesiapa lagi bersama anda...





Percayalah
Apabila seseorang itu ada asas Agama yang Kukuh , hidupnya akan selamat & berjaya walau dimana saja ia berada ... Walau di mana saja ia berada , pasti dia akan dihormati kerana kemuliaan peribadinya . Makin tinggi seseorang itu dalam Ilmu Agama , makin indah Peribadi & Akhlaknya ...





Percayalah ,
Hidup ini bermakna apabila ada kasih sayang & kebahagiaan . Kebahagian itu ada dalam diri anda sendiri ... Anda mesti boleh dapatkannya kerana kebahagian itu sudah ada dalam diri anda , cuma anda perlu menerokainya...





Percayalah ,
Sewaktu anda sakit , pasti akan ada seseorang mendo'akan anda supaya anda cepat sembuh walaupun anta tidak tahu siapa orang tu & walaupun do'a itu disampaikan dari jauh ... sewaktu anda bersedih , pasti ada orang yang mengharapkan anda kembali ceria seperti dahulu ... Walaupun anda langsung tak menyedarinya...


Percayalah
Antara orang yang dicintai Allah & tidak dicintai Allah , ada bezanya ... Allah akan memberi Dunia & Kesempurnaan Iman untuk hambanya yang DIA cinta agar tidak lalai ... Tetapi Allah hanya memberi Dunia & tidak memberi Kesempurnaan Iman kepada hambanya yang tidak dicintainya...



Percayalah ,
Anda tidak pernah dipinggirkan ... Cuba lihat bintang di langit waktu malam ... Anda pasti merasainya ... Cuba lihat matahari terbenam di waktu senja ... Anda pasti merasainya ... Kadang-kadang kita perlu bersendirian ... Untuk mencari ketenagan dan memuhasabahkan diri bagi meneruskan perjuangan kita sebagai hambanya ...











No comments:

Post a Comment