Kali pertama aku menyertai :D

Assalamualaikum ... :D

kalau tengok kat post sebelum ni , aku ada kata yang aku sertai Larian Jom ! Kitar Semula 2012 kat Dataran Johor Bahru 17 November . post kali ni aku nak bercerita pulak pasal Larian yang aku sertai tu . hewhew .


ok , kita mula dari sini ,
pagi tu aku bangun 5:30 . aku ingat subuh pukul 5:45 gitu , rupanya 5:30 . Bangun je terus terdengar laungan  azan yang merdu daripada masjid . aku apa lagi la , cepat cepat panaskan cerek air , kemas barang barang pastu terus pergi mandi . selesai mandi terus sembahyang 'n' terus sarapan . sarapan just makan roti je la , kalau nak makan nasi mantul mantul la peut aku time lari nanti . dah siap makan semua aku streching badan aku sekejap . walaupun sekejap , habis baju aku basah . haha :D sementara nak tunggu driver datang , sempat la nak mewangikan badan balik XD ok , 6:15 driver pun sampai .
sampai kat Dataran je tengok macam lengang je orang , terus pergi kat kaunter dia untuk amek nombor larian . dah amek no. larian tu pergi la berjogging sekejap kat kedai runcit terdekat.beli air . haha :D dah tau nak lari boleh tak bawak air masak , kesengalan ku terserlah disitu ... pastu berkumpul kat dataran untuk buat senam robik sekejap untuk merenggang renggang kan otot sebelum lari katanya lah . aku iyekan aje . dalam masa senam robik tu boleh pulak berjoget Oppa Gangnam Style . haha :D aku apa lagi , join sekaki la berjoget . alang alang dah ramai berjoget , malu tu dah takde sangat XD *renggangkan otot mende ntah sampai nak berjoget Oppa Gangnam Style bagai.haha* kalau ada video dia nanti aku letak la kat post ni.

dah selesai semua tu macam biasalah acara perasmian . dalam pukul 8 pagi tu baru start larian tu ... firstly dia lepaskan kategori Man sebab jarak larian dorang 10km , pastu dia lepaskan kategori Pelajar pulak , 7km . kategori aku lah ni :3 aku start kat bahagian tepi kanan . boleh la , tak terhempet hempet sangat . ada la ruang nak lari . keluar kat jalan raya je aku terus panjangkan langkah larian aku . haha :D ramai jugak lah yang aku motong time tu . time aku masih berpegang dengan niat aku "jangan push kuat sangat,maintain speed je"  agak dalam 2km tu aku baru start maintain speed aku . nak push pun tak boleh , jalan berbukit . masa training takde pun aku berlari kat bukit , madah jalan landai je ... bila masuk larian ni dia bagi bukit baru padan dengan muka aku . kalau satu dua bukit tu takpelah , ini sampai 6,7 bukit , masak kaki aku . 

sampai kat kawasan hutan bandar je aku dah mula lemah . langkah larian aku pun dah mula mengecil . orang yang aku tinggalkan jauh mula menghampiri . nak taknak kene maintain low speed je la . akhirnya aku kene pintas dengan budak yang aku tinggalkan jauh tadi . time tu aku rasa benggang jugak lah sebab perempuan pun boleh dapat potong aku . dalam hati aku "cis ! tak guna . kau guna tenaga ape ha ?" start tu la mental aku dah down . tapi aku cuba pertahankan lagi la mental aku . akhirnya , mental aku down jugak . aku berjalan dalam 1km . aku ada pasang niat jugak sebelum lari tu "kalau boleh jangan berjalan" . tapi apakan daya , first time masuk acara larian sebegini :/ tanye abang yang jaga jalan tu , jauh lagi tak ? dia kata dekat je lagi dik . aku pun start la langkah larian aku balik . lari punya lari tak sampai sampai , lari punya lari , tak nampak kelibat jam besar kat dataran tu . abang ni tipu aku rupanya . cis ! geram aku time tu . aku pun start berjalan balik . dalam masa aku berjalan tu lah ramai orang motong aku baik . pergh ! rasa macam nak duduk je kat tepi jalan time tu . kerja gilew kalau aku buat macam gitu . semangat masih membara nak sampai kat garisan penamat , aku pun jogging la slow slow .

Akhirnya ! nampak jugak kelibat jam besar dkat dataran tu . tapi jarak larian masih jauh lagi la , dalam 2km gitu . semangat pun terus berkobar kobar nak sampai kat garisan penamat punya pasal . haha :D masa nak sampai kat garisan penamat pun masih ada orang pintas aku . cis ! tak guna . lari punya lari lagi , akhirnya sampai jugak . yeah! dapat la medal . puas hati aku bila dah sampai kat garisan penamat . kalau nak tanye pasal muka dengan baju aku tak payah cerita la . "Biarlah gambar berbicara"XD haha. 


aku dengan adik aku . eh ? adik aku ke ? boleh la boleh la . XD
hitam muka aku >,<

ini dia medal dan nombor larian aku . yang warna biru tu aku punya .
Finisher pun finisher la . yang penting pengalaman :D

lepas ni rasa macam nak masuk lagi larian larian yang macam gini,seronok pulak. *mencari pengalaman*
 

Interested :o


Assalamualaikum :D 

Nampak tak gambar yang kat atas ni gambar apa? yap! sepasang kasut...korang rasa kenapa ku letak gambar kasut ni? kasut baru? kasut mahal? kasut ringan? kasut sedap? kasut selesa dipakai? kasut ni cantik? smart dipakai? ohh, itu semua tidak...dan ape kene mengene pulak dengan "Tajuk" post ni? ha! cube teka... :D


Yes! that its...aku sedang tertarik dengan satu sukan baru aku ni...yeah! Marathon...larian jarak jauh...macam mana aku boleh tertarik dengan sukan ni pulak ye? sejak aku menyertai acara RoadRun kat sekolah tahun nie...walaupun dah lama tak berlari,tak sangka yang aku boleh dapat top 25...haha :D sejak dari tu la aku rajin je nak berlari.bila waktu PJ je mesti aku cari masa untuk berlari...misi aku tahun depan adalah nak dapatkan top5 acara RoadRun nie 'n' masuk acara 1500m,800m ....^^.

17 November ni aku ada sertai Larian Jom! Kitar Semula 2012...membe basikal aku ajak ^^ . nampak gayanya dia pun dah mula tertarik dengan sukan ni..haha :D

Bagaimana pula dengan sukan berbasikal? ermmm,,pandai pandai la aku membahagi bahagikan masa aku dengan si "dia" XD ... lain pun tahun depan memang aku dah kene kurangkan aktiviti aktiviti ni... *SPMcandidates2013 katanya*

Jamuan Ohh Jamuan :D

Assalamualaikum pembuka bicara ,
pagi yang syahdu mengamit jiwa ,
dah bebulan tak update blogger ,
baru ini hari nak update semula ... :D

firstly , semalam kelas aku ada buat jamuan kat Bukit Layang-Layang ... mulanya macam berat je nak pergi , oleh kerana aku sudah bayar RM10 ,... takkan nak melayang gitu je duitnya ? relakan jelah diri ini untuk pergi ...

Bak kata Twitter aku :: #LaporanJamuan4Rushd...haha...aku nak buat la laporannya kat Blog nie... panjang sikit boleh membebel...kat Twitter cuma 140 huruf je...

kita buat guna cara BM ... teknik plot katanya XD...okey,,,

Pengenalan : aku hadir pada jamuan tu dalam pukul 1:20p.m , aku ingat jamuan tu dah start.rupenyer....hampeh... lelaki pertama yang sampai.terpaksalah berkumpul dengan budak perempuan yang ada kat situ.selamat ada kawan aku.kalau tak,foreveralone lah aku jawabnya *cedih* ... haha ... walaupun hari redup je dipayungi awan mndung , tapi hati aku boleh jadi panas sebab karenah perempuan nie...Oleh kerana aku masih terasa baru lagi dengan diorang,aku just bukak mulut skit sikit je ...Eh?Iyeke? XD

Perkembangan : sementara menunggu diorang datang , kitorang pergi la tengok aksi Drifter kat tempat parking kereta tu... tunggu punya tunggu punya tunggu , dah pukul 2:00p.m...aku tanya"bila jamuannya? hari dah nak hujan nie?" "ala,tunggu jelah.diorang tengah beli KFC.kejap lagi sampai la tu" *Janji Melayu memang sebegini -,-* ... dalam pukul 2:30 baru nak start jamuan... katanya jamuan macam tak jamuan... haha :D lagi satu , jamuan kami diselubungi awan komulunisbus yang tebal XD ... haha :D hujan pun hujan lah , yang penting perut kenyang ...


diri pun dirilah.dah takde tempat duduk punye pasal ...
Klimaks : mula la aktiviti yang mereka rancangkan dari hari sekolah lagi hari tu.... main cari jalan sesat,siapa yang sampai dulu,dia menang... aku? aku malas nak main.sebab aku tau aku takkan menang ... haha :D masa dorang main,aku ber-3 jalan jalan dekat kawasan atas dia...bergambar-gambar sekali ^^ lepas tu dorang ada buat cabutan bertuah,time tu aku bertuah...dengan no. bertuah aku... dapat la hadiah sebuku buku nota XD *sebuku pun boleh sebenar2nya*... nak tau aku punye cabutan bertuah no. berapa ? ILove16 >,< ... dengan hadiah tu , redup sikit hati aku ... Eh? redup ea? XD ... bermulalah sesi bergambar kelas kami  (>‿◠)✌


mereka mereka yang bermain game cari jalan dari tersesat XD
 lihatlah aksi diorang..haha bertungkus lumus..*maaf,gambar kecik.terpaksa diedit*

nampak tak apa yang aku pegang tu ? itu lah hadiah yang aku dapat...
sebuku buku nota XD buat untuk tahun depan punya nota :D



ini yang perempuannya ...
ini yang lelakinya ... :D
ini yang kamii semua ... ! \(˚▽˚)/
Peleraian : jam dah menunjukkan pukul 4p.m ... budak budak laki ramai yang nak balik ... mungkin adahal kut... maybe la... tapi aku n kawan aku just relax je kat situ ... balik lambat lambat sikit ... time ni la aku melihat aksi lagak ngeri+geli+sporting budak budak perempuan kelas aku....hati aku kata*macam gini rupanya diorang* ... ye la kan , aku nie dah la first time ... tak tau ape ape ... sebelum nie jamuan just buat kat kelas je ... tu yang rasa lain je .... masa tu jugak lah penolong kelas 'n' her pakwe datang ... lepak jelah aku dengan pakwe dia ... berbual bual...balik dari tengok wayang katanya XD ... tengok lah gambar kat bawah nie , tinggal kami ber-3 je lah... eh?mane lagi sorg? dia taknak amek gambar katanya... maaaaluuuu~~~ haha >,<


aksi perempuan selepas lelaki pulang..haha :D
my friend and i :D

sampai disini saja cerita kita ... XD
semoga tahun depan kita dapat berjumpa semula... InsyaAllah =)
selamat takde sesi baling baling tepung ... ^^
*SPMcandidates2013*

kepada kawan kawan yang hadir masa jamuan hari tu , aku nak mohon maaf kalau ade terkasar bahasa or terguriskan hati korang or ada perbuatan aku yang korang tak berapa suka time tu ... aku minta MAAF ea ... :) 

*menunggu gambar dari camera lain + video* XD

Selamat menikmati hari cuti kekawan :)

SPM ! :O



Assalamualaikum ...

4 November ini bermulanya Peperiksaan besar iaitu SPM ... kepada semua calon calon SPM yang Ku kenali , aku nak ucapkan semoga dapat membuat yang terbaik untuk semua orang terutama kedua ibu bapa kita sendiri ... ibu bapa mana yang tak bangga dengan anak yang cemerlang ? mesti sukakan .... Bittaufiq wannajah fil imtihan =) 

Desaru Time

Pagi yang indah dibasahi hujan renyai-renyai ... ceh ! renyai-renyai la pulak... belum pergi dah separuh baju basah kuyup dek kerana hujan renyai-renyai nie punye pasal la... Oleh kerana basikal dah keluar rumah , rumah semua dah berkunci ,,, semangat pun dah membara time nie... ♥ <-- Dup Dap Dup Dap je jantung aku ... ye la kan , nie lah first time nak buat kayuhan jarak jauh ... aku teruskan berkayuh jugak ...

Bye Home Sweet Home ... 7:40a.m , 0.00km

Sampai di Kopok Premium Outlet dalam pukul 7:45 menunggu sorang rider otai tak muncul-muncul... haish~ penat aku tunggu ... tepat jam pukul 8:00a.m muncul lah die ... *betul2 ikut janji nie... haha =D ... Perjalanan Bermula !

Kopok --> Cahaya Baru --> masuk Highway E22 ... =D 
Pukulan angin dan hujan di atas jalan yang lurus(Highway e22) menjadi cabaran kayuhan hari nie ... Argh ! ... ceh,jalan yang lurus pulak.berbukit bukau ade lah...Puie~ 

Tiba di Tol Bandar Penawar ... masih tersenyum :)

Jalan ke Tanjung Balau ...UpHill ... and then -->

Yeah ! asam garam berbasikal...ape yang penting , Kerjasama ...

Jalan ke Desaru 

SignBoard Desaru... yeah ! Desaru , I'm coming ...

Selamat Datang Desaru ...

Sampai di destinasi ... Desaru ~~~ 10:20a.m , 60.32km

Rider Otai kita... Brader Zul Manan / Komander ...

Sarapan Pagi ... eah ? baru nak sarapan ? yeah !

tengok abang aku bawak ape tu ...

nie ha bende nyer... kau agak ape ? yang itam besar tu obor2 , yang lain tu aku dah lupe , yang penting dalam tu ade ketam kecik , udang n ape ntah lagi ... ade orang cina tu tangkap pastu tunjuk/bagi kat kami... =D

tak jadi la pulak ._.

Mandi time... risau jugak aku mandi time nie takut kaki krem , balik nak kayuh lagi... tapi Alhamdulillah , selamat =D

Boleh la boleh la...

mane entah ayah aku snap monyet nie... aku tak perasan pun -.-

My Siblings =D


berebut-berebut ... 

Time to back !

Abang aku dah bukak dah... bye !

Last CP sebelum sampai rumah ... 1:40p.m , 109.75km

Makan tengahari ... 2Gelas Katira mariii sebelum sampai rumah ...

Home Sweet Home ... 114.36km ... 2:30p.m




SEDIKIT FAKTA TENTANG LELAKI :-


-Lelaki itu bukan BANK , jika hendak apa maen order saje . bila dah dapat terima kasih pun takde .


-Lelaki itu bukan KASUT , yang awak suka suka tukar setiap hari .


-Lelaki itu bukan TUNGGUL , awak datang bila awak memerlukan then awak tinggalkan die .


-Lelaki itu bukan MICROFON , yang awak suka arah arah dia .


-Lelaki itu bukan HARIMAU , yang garang memanjang , adakalanya dia manja seperti kucing memerlukan belaian .


-Lelaki itu bukan CWINGUM , bila manis awak kunyah , bila hilang manis die kau tuihh tuihh dia macam gitu saje .


-Lelaki itu bukan BADUT , untuk hiburkan awak sambil awak ketawakan dia . sedangkan apa yang dia lakukan semata mata untuk awak ... :)